Pemimpin yang dihormati,

Seperti yang diumumkan oleh Uskup, mulai 15/8/20 Misa akan diteruskan semula. Walau bagaimanapun, perhimpunan atau majlis TIDAK dibenarkan pada masa ini. Had umur ialah antara 13-69, dan umat haruslah sihat, tanpa sebarang penyakit kronik.

Mesyuarat oleh ministri atau kumpulan gereja yang lain dibenarkan tetapi memerlukan kebenaran Paderi terlebih dahulu (minima 48 jam sebelum) sebelum tarikh mesyuarat. Sesi IKD/RCIA boleh disambung semula mulai 15/08/20 dan seterusnya.

Walau bagaimanapun, SOP berikut HARUS dipatuhi dengan ketat, tanpa gagal:

  1. Mesyuarat hendaklah dijalankan secara maya jika perlu. Sekiranya mesyuarat bersemuka tidak dapat dielakkan, mesyuarat ini terhad kepada satu jam sahaja.
  2. Semua ahli mesyuarat bersemuka WAJIB mematuhi perkara berikut :
    1. HARUS berumur dalam lingkungan 13-69, sihat dan tanpa gejala COVID-19.
    2. Tidak pernah berhubung dengan orang yang disyaki atau dijangkiti oleh COVID-19
    3. HARUS memakai topeng muka 3 lapis semasa memasuki perkarangan gereja.
    4. Mesyuarat terhad kepada maksimum 20 orang SAHAJA, di mana 1 meter jarak sosial perlu dipatuhi antara peserta (mesyuarat di bilik besar)
    5. Penganjur mesyuarat HARUS memastikan bahawa bacaan suhu, nama dan nombor telefon para hadirin diambil dan salinan catatan ini ditinggalkan di pejabat gereja.
    6. Semua yang hadir mesti membawa alat tulis sendiri dan mencatat butiran mereka (yang disebutkan di atas) dengan pen mereka sendiri.
    7. Semua yang hadir HARUS membawa hand sanatizer mereka sendiri ke mesyuarat dan digalakkan untuk membersihkan tangan mereka sebelum, semasa dan selepas mesyuarat.
  3. Kelas RCIA hendaklah berakhir dalam 1 1/2 jam
  4. TIDAK dibenarkan sebarang perkumpulan dan makan bersama.

SOP ini HARUS dipatuhi dengan tegas, kerana COVID-19 masih menjadi ancaman kepada masyarakat kita dan kita harus bertanggungjawab.

Selanjutnya pihak berkuasa akan mengunjungi kita pada bila-bila masa, walaupun semasa misa untuk memastikan kita mematuhi SOP sepenuhnya.

Sekiranya anda mempunyai masalah atau memerlukan penjelasan lebih lanjut, boleh menghubungi Pengerusi PPC atau ketua kerasulan.

Akhir sekali, teruskan berdoa agar wabak ini berakhir dan keselamatan semua umat. Anda sentiasa dalam doa saya. Terima kasih dan Tuhan memberkati.

Mesej dari
PP Fr Eddie

Church of the Immaculate Conception

9, Jalan Gereja, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Open in Google Maps     +607-224 3034 / 224 8490